menitindonesia, MAKASSAR – Perdana Menteri (PM) Malaysia Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin utama gerakan Hamas, Ismail Haniyeh melalui video call, untuk menyampaikan taksiah (duka cita) atas meninggalnya tiga anaknya yakni Hazem, Amir dan Mohammad, termasuk empat orang cucu yang menjadi korban serangan udara Israel.
“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang,” kata Anwar Ibrahim, melalui rilisnya Kamis (11/4/2024).
Menurut dia, kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh seluruh ummat manusia.
“Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin,” tegas Anwar.
PM Anwar Ibrahim menyebut serangan jijik Israel ini membuktikan bahwa mereka tidak memiliki keinginan melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan PBB beberapa hari dan tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang internasional.
“Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah,” katanya.
Malaysia sekali lagi, kata Anwar, mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau. (AE)